Monday, November 26, 2012

Selepas Aku Bernikah

Ada yang tanya, macam mana kami menjaga hubungan kami sepanjang 2 tahun pertunangan?

Sebenarnya telah saya coretkan perkara ini di dalam Buku Motivasi Cinta: Sebelum Aku Bernikah secara panjang lebar.
Namun ringkasnya kalau boleh diceritakan di sini adalah, kami berdua memahami bahawa kami mahukan keberkatan daripada Ilahi. Percintaan bukan matlamat hidup, percintaan hanyalah checkpoint. Matlama
t hidup adalah redha Allah. Maka cinta itu mestilah diletakkan bawah redha Allah SWT.


Maka sepanjang 2 tahun itu kami lebih banyak menyibukkan diri dengan usaha nak mempertingkatkan diri. Kami masing-masing sibuk dengan usrah masing-masing, pelajaran masing-masing, rakan masing-masing, keluarga masing-masing dan sebagainya.

Cuma sekali-sekala, baru kami berhubung melalui email. Masa birthday salah seorang daripada kami, yang seorang lagi akan SMS wish birthday. Masa saya pulang bercuti ke Malaysia, kami akan set ibu bapa kami untuk bawa kami bertemu, ditemani kedua-dua ibu bapa kami. Sekali sekala kami bertukar hadiah. Begitulah.

Tapi taklah kemaruk sampai hari-hari contact, SMS tanya dah makan ke belum atau sekadar apa khabar, atau berjumpa sebulan sekali. Bukan. Bahkan kami akan sentiasa rujuk pada Ummi Abah dan Ibu Ayab kami.

Begitulah kami melalui 2 tahun pertunangan kami. Simple sahaja.

Pokok pangkalnya, jangan kemaruk sangat. Allah matlamat kita. Cinta itu sampingan sahaja dalam mencapai matlamat itu. Maka cinta kena tunduk pada apa yang Allah redha.

Sibukkanlah diri dengan persiapan untuk mengemudi rumahtangga. Itu amat amat amat penting.

Sweet-sweet, asmara-asmara, jumpa hari-hari, contact hari-hari, itu semua lepas kahwin pasti ada. Jangan risau. ♥

No comments:

Post a Comment