Thursday, December 27, 2012

Oh Mati?Tiada Sesaat Di Beri Peluang


Bismillahirrahmanirrahim.
kalam permulaan.

-rasa lama sangat aku tak update
diari aku.kalau kata cerita.
macam macam cerita yang aku
nak cerita.tapi masa terlalu "jelous".

Sebenarnya ada 2 kisah tentang kematian.
kisah pertama.kisah awal aku di jordan.
dan aku memang berhajat untuk buat
satu story yang agak panjang.dah start.
tapi belum habis jalan ceritanya.
aku nak sampai kan kisah ni dulu.

Kisah kedua.:
allah...benarlah..
ajal maut itu tidak pernah mengenal
-kau muda
-kau tua
-kau kaya
-kau miskin
dan sebagainya.bilamana tertulis tarikhnya
maka akan ditarik juga roh itu.

Firman allah: "Tiap tiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati,
kemudian hanya pada kamilah kamu dikembalikan | al ankabut | 57"

Masih teringat kata kata nya padaku.
"Guru memang ada kepenatan padanya,
  tapi harus diingat ada kepuasan pada penyampaiann ilmunya."

Puan Hafizah Binti Said.
Wanita yang mempunyai semangat dan cita cita tinggi.
bersama dengan keluarga.
mendokong perjuangannya ustaz mastuni dan Puan kamisah.
juga warga lain yang terlibat.

Pagi nya di sekolah fikr bistari.
Petangnya di sekolah kebangsaan.
pagi dan petang atas tujuan yang sama
menyampaikan ilmu.
Payahnya mata aku untuk melihat
sepasang suami isteri ini berehat.
ada saja kerjanya.
(mereka pasangan sweet)

kesana kesini.
sibuk sungguh orangnya.
dia ibu,dia ayah,dia kakak,dia abang.
Aku cukup senang dengan mereka berdua.
sangat selesa.mudah cerita aku rapat jugalah
dengan keluarga mereka.
memandangkan pula aku mengajar anak mereka.
Fikri.(menangis ketika aku berhenti).

kalau bercakap dengan pn.hafizah.
Tidak cukup setengah jam.
Pasti ada isu yang akan dibincangkan.
lembut saja tutur katanya.
beliau sentiasa nasihat aku.
kalau bercakap.
mesti ada nasihat darinya.
aku dan fahmi anggap beliau dan ustaz mastuni macam
abang dan kakak kami.
kami disitu semua macam keluarga dah.

"kamu nikah muda,
 bagus,banyak manfaatnya."

kata katanya yang sering kali
di usik padaku.

samalah juga dengan ustaz mastuni.
kebiasaannya respond aku hanya senyum.
suka saja aku dengan gurauan gurauan seperti itu.

:Kini sudah pun masuk bulan akhir untuk
tahun 2012.

Dan sudah pun 3bulan aku menetap
di bumi yang penuh barakah ini.
bahasa aku di sini masih lemah.
perlu dipraktik kan lagi.

Usai masak kami semua ahli
rumah menjamu selera sambil
menonton movie.
Tika itu baru habis exam.
Saja mahu santai santai.

Sedang bergelak tawa dengan kisah lucu
yang di tonton,tiba tiba ada panggilan
dari fahmi sahabatku.

"assalamualaykum?"
"waalaykumsalam"jawabku ringkas.

Fahmi menyampaikan satu berita
yang membuatkan hatiku
seperti di gengam oleh objek yang sangat kuat.
Akalku berpusing mengimbau kembali
peristiwa peristiwa lepas.
kakiku terhenti di satu tempat bagai terkunci rapat.

"Puan Hafizah Meninggal"
sayu sayu sahaja suara fahmi tika itu.

Aku meringkaskan kata.
lalu terus menghentikan panggilan fahmi.
Terus sahaja aku buat panggilan
orang di malaysia.
ingin tahu situasi sebenar.

Sempatlah aku khabarkan
berita sedih ini pada umi,walid dan keluargaku.

Masih teringat lagi kata kata
yang membuatkan aku dan fahmi terharu.

"Antara lainnya kita buat hari keluarga ni
nak meraikan adik adik kita yang nak sambung
belajar di jordan nanti..."

allah..
Rasa ayat itu seperti semalam
baru di ucapkan..
mana tidaknya baru beberapa bulan
kenangan itu berlalu.

Kami semua bersantai dengan tenaga pengajar
warga fikr bistari.
manis sungguh saat tu.

"Dah dua hari ustaz mastuni tak tahu
isterinya meninggal.
sebabnya ustaz mastuni di wad pembedahan.,"
kata umi ketika menghubungi aku.

"pergilah tengok isteri saya tu.....
mungkin dia masih pengsan tu.."
kata ustaz mastuni..

Sedang ketika itu semua yang melawat
beliau telah tahu puan hafizah sudah
pun menghadap yang maha esa.
Rohnya Pergi tika di tempat kejadian.

**
Hujan malam itu semakin
lebat, menyebabkan ustaz mastuni
kurang jelas dengan keaadaan jalan raya.
Biasanya begitulah yang akan berlaku
saat di akhir tahun.Musim hujan.

Isteri tercinta di sebelah ruang pemandu.
masih lagi memastikan fail fail
yang ingin dibentangkan di dalam
mensyuarat sebentar lagi di tadika alya zahra.

Banyak perkara yang perlu
di selesaikan.terutama untuk program
besar sekolah fikr bistari.
Konvoksyen 2012.
ia juga program yang di nanti nantikan
oleh setiap pelajar.

Cikgu Hafizani adik kepada
puan hafizah duduk di ruang belakang.
Tenang sambil membelek telefon bimbit
di tangan.

Kereta yang di pandu oleh
ustaz mastuni semakin perlahan akibat
hujan yang semakin lebat.
Pedal minyak di lepaskan sedikit demi sedikit.
berhati hati dengan keadaan jalan raya yang agak
licin.Hanya beberapa kereta yang kelihatan di kotak
cermin pandangan belakang.
Manakala di bahagian bertentangan jalan raya agak
sibuk dengan lori lori besar.
memang itulah jalan pengguna
lori bagi muatan besar.

**

"Waalaikumsalam"
jawab izham ringkas.
Panggilan dari sahabatnya
di UITM puncak alam.
ada kerja yang perlu di selesaikan malam itu.

Almaklumlah baru selesai cuti sem.
tanpa melengahkan masa,
izham terus menghidupkan enjin keretanya.
**
Beliau memberhentikan keretanya
di tepi jalan sebaik menerima panggilan
dari sahabat baiknya.
bahaya jika terus memandu.
ditambah dengan keadaan hujan yang
agak lebat.
**
Kereta myvi putih memasuki jalan utama
dan meneruskan perjalanan.
Ada satu pesimpangan.Kiri ke
Kuala Selangor.dan kanan ke Kuala Lumpur.
Izham mengambil arah kiri untuk
ke kolejnya.
Sebaik mengambil arah kiri,
Jalan yang di laluinya agak
perlahan.
Di hadapannya ada beberapa lori muatan besar.

Keadaan ini lah yang sentiasa
merungsingkan kepala otak Izham
setiap kali pulang lewat ke kolej.
Kebiasaannya tidak menjadi masalah
buat izham untuk memotong jalan.
Namun malam itu menyukarkan buatnya
kerana hujan agak lebat.
pandangan jalan yang teramat kurang jelas.

Namun izham cuba memberanikan diri
untuk memotong jalan.
Dua kali dia mencuba.
namun tidak lepas.
Kali ketiga keadaan agak bahaya.
Namun Izham terus membuat
perkara di luar akal.
Dia menukar gear 2.
lalu menekan padel minyak dengan sekuat
hati.Tanpa ada kuasa yang dapat mengentikan
gerak kereta..

Puan Hafizah menjerit melihat
ada sebuah kereta di hadapannya
Lantas mengerahkan ustaz mastuni mengelak.
Ustaz mastuni gelabah..
Kanannya ada sebuah lori besar.
Kiri bukit curam ke bawah..

PaNNNNNGGGGGG....!!!
**
Matanya di buka perlahan..
terkedip kedip..
melihat kereta viva yang di pandu remuk
akibat pertembungan kuat dengan
kereta myvi.

Ustaz mastuni terus mencari
talefon di koceknya
lalu menghubungi kenalan
meminta bantuan.
habis panggilan.Kepalanya begitu berat.
Lantas rebah di tapak bumi.

***

Masa umi lawat..
umi tengok ustaz mastuni tengah menagis teresak esak.
umi kata masa tu dia baru tahu
puan hafizah meninggal.
dah 2 hari..

Aku sedih sangat dengar cerita dari umi.
Aku tak dapat bayangkan
suasana masa tu.
Allah........

yang paling sedih
anak mereka yang paling bongsu.

tika ibu nak nak di kebumikan..
di suruh cium dahi ibu..
di jawab dengan perkataan yang
masih tidak jelas.."mama tidow..."

Allah...Sayup hati. . . . . . . .

Manusia akan datang dan pergi, bersilih ganti.

Tapi Allah sentiasa dan tetap akan ada di sisi. Itu janji. =')


    Tahlil dan bacaan yasin ketika hari keluarga.


  Kenangan yang tak mungkin dilupa kan.
  hari keluarga kami semua.




Hari terakhir aku dengan puan hafizah.
mereka hantar aku tika aku nak
melanjutkan pelajaran di jordan.
kenangan terakhir.

Itulah anaknya yang bongsu.....
 " Moga di tempatkan di kalangan orang
  yang beriman dan soleh." amin..

ya..mati tiada sesaat diberi peluang
jika tanpa kuasa yang merubah darinya.






No comments:

Post a Comment